Monday, 12 November 2012

Perjalanan hidup ini penuh dengan liku2 yang kadangkala tajam kadangkala lurus je.setiap manusia pasti akan merasai kehidupan macam tu.Sebab setiap yang terjadi akan menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik dan matang.

kadangkala , aku perhatikan bumbung2 rumah disekelilingku bertanya pada diri sendiri .Apa yang orang dalam rumah tu buat ?apa yang difikirkannya sekarang?adakah hidupnya bahagia?Aku seperti ingin membaca minda setiap orang disekeliling ku.pelikkan hobi ni...nasib baik aku tak ada kebolehan macam tu.

Hidupku hanyalah sederhana,bagiku sejak dilahirkan hinggalah bergelar isteri.Hidupku sentiasa sederhana.tak pernah dilanda Bah yang kuat hingga menghayutkan diri tak juga pernah dihujani emas dan permata hingga lupa diri.aku bersyukur dengan nikmat kurniaanya kerana hanya DIA sahaja tahu hikmah disebalik semuanya.

Jadi, Walaupun apa yang terjadi kuatkan semangat dan sentiasa mengucapkan syukur dalam hati kerana dengan cara ini tak kira sekuat mana dugaan sama ada yang pahit atau manis datang pasti hati takkan pernah hayut..insyallah

                                                                                     

No comments:

Post a Comment