Saturday 12 January 2013

Kerja..Oh,Kerja

13.01.13...cepat betul masa berlalu sedar tak sedar sudah 13 hari kita melangkah ke tahun 2013.umur makin naik , masa makin singkat.Kehidupanku terasa kosong..entahlah dimana silapnya.

setiap hari aku bertanya pada diri sendiri , apakah bakatku, apakah pekerjaan yang ku lakukan sekarang kena dengan jiwaku.aku keliru..kerana setiap hari aku bekerja tanpa ada apa2 perasaan.aku bekerja kerana aku perlu bekerja demi mencari rezeki.

Aku ingin bekerja kerana perasaan seronoknya bekerja..setiap hari aku masuk ke pejabat dengan perasaan yang girang dan excited..excited kerana ingin bekerja bukan terpaksa bekerja.

.Adakah hanya aku sorang sahaja yang mempunyai perasaan yang sedemikian,??

Thursday 13 December 2012

Meh sini nak kongsi

dah lama saya tak post apa2 kat blog ni...almaklumlah penat hehehe...sebab baby dah berusia 10 week..memang sangat penat ditambah dengan kerja di pejabat yang menimbun ni.Kalau ikukan hati mau je berenti keje lps dah bersalin baru cari keje balik heheheh..boleh ke mcm tu???

kat sini saya nak kongsi laman web yang saya selalu buka untuk menambahkan info ttg pregnancy ni, anak pertama , so,,apa pun tak tahu mak lak tinggal jauh huhuhuh...


1) http://www.babycenter.com.my/

laman web ini mempunyai dwi bahasa, dan terdapat pelbagai info yang sangat membantu bagi ibu yang sedang mengandung tak kira la anak pertama ke, kedua ke..but ilmu tu kan penting lebih2 lagi bagi memastikan anak yang kita kandung tu berada dalam keadaan sihat walafiaat .

kat sini juga anda semua boleh melihat perkembangan bayi by weekly, siap ada vidoe dan gambar lagi taw...lps ni boleh la jenguk2 kat sini ye.

2) http://alinalan.blogspot.com/

Hah, kat blog ni ada info yg sgt penting yg nak disampaikan oleh penulis, iaitu tentang penyusuan bayi secara 
ekslusif.Baru saya tahu yang menyusukan bayi secara eksklusif pada 6 bulan pertama adalah amat penting..kalau kita menyusukan bayi pada 6 bln pertama akan menjadikan anak2 anda kuat antibodi, kurang alahan, penghadaman yang lebih baik dah pelbagai lagi kebaikan yang bakal dinikmati oleh anak anda.apa tnggu lagi pada bakal ibu semua marilah menambahkan ilmu ttg penyusuan bayi anda.

Wednesday 14 November 2012

selamt menyambut maal Hijrah 1434



 Salam Maal Hijrah 1434H.

Bermulalah sejarah baru didalam hidup kita, dimana malaikat akan menutup buku lama dan membuka buku baru.
Dengan buku baru tersebut marilah kita bersama-sama berhijrah untuk menjadi seseorang yang lebih baik .Semoga dengan niat yang suci ini diberkati oleh Allah swt.
Di sini juga saya ingin menyeru semua masyarakat Malaysia bersatu padu dan berpimpin tangan dalam mengharungi dugaan dari tangan-tangan yang tamak yang sentiasa ingin merampas tanah melayu ini.Ingatlah kita tak ingin negara tercinta ini menjadi seperti apa yang berlaku di tanah arab.

                                                                                                   





Tuesday 13 November 2012

wednesday bluesss....

Asal masuk opis je aku dah start pening2 loya2...ni dah boleh dikategorikan mabuk opis..
Ni sebab aku pregnant ke?atau memang aku dah hate my job..huhuhuh..xtahu la nak kata apa.
but seriously kalu diikutkan hati aku dah hantar resignation latter dah.Tapi itulah my husband bukanlah businessman atau anak orang kaya yang boleh tanggung wife dia yang comey ni dengan dia sorang je bekerja,
Tapi, kalalu aku just berenti untuk sementara waktu je boleh tak?when the times come aku keje balik tak pun aku start la buat business online .Just working at home kan senang leh jaga anak yang bakal lahir ni and tengokkan nenek yang sorang2 kat rumah tu..

   Well i need to solat istikharah...strat tonite..sempena esok maal hijrah..well i can start to take a new paradigma.maybe this is the best for me and my family..


Wish me Luck

Monday 12 November 2012

Perjalanan hidup ini penuh dengan liku2 yang kadangkala tajam kadangkala lurus je.setiap manusia pasti akan merasai kehidupan macam tu.Sebab setiap yang terjadi akan menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik dan matang.

kadangkala , aku perhatikan bumbung2 rumah disekelilingku bertanya pada diri sendiri .Apa yang orang dalam rumah tu buat ?apa yang difikirkannya sekarang?adakah hidupnya bahagia?Aku seperti ingin membaca minda setiap orang disekeliling ku.pelikkan hobi ni...nasib baik aku tak ada kebolehan macam tu.

Hidupku hanyalah sederhana,bagiku sejak dilahirkan hinggalah bergelar isteri.Hidupku sentiasa sederhana.tak pernah dilanda Bah yang kuat hingga menghayutkan diri tak juga pernah dihujani emas dan permata hingga lupa diri.aku bersyukur dengan nikmat kurniaanya kerana hanya DIA sahaja tahu hikmah disebalik semuanya.

Jadi, Walaupun apa yang terjadi kuatkan semangat dan sentiasa mengucapkan syukur dalam hati kerana dengan cara ini tak kira sekuat mana dugaan sama ada yang pahit atau manis datang pasti hati takkan pernah hayut..insyallah